Britain Jangan Terus Diam Membisu

2023-04-04 15:05:26  CRI
Share with:

Tanggal 2 April merupakan hari memperingati ulang tahun ke-41 Perang Malvinas.

Pada hari itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez menerusi satu klip video dikongsinya menekankan bahawa Kepulauan Malvinas merupakan sebahagian daripada wilayah Argentina dan menyeru supaya kedaulatan terhadap kepulauan itu dipulihkan secara damai.

Pada 1816, Argentina bebas daripada penjajahan Sepanyol, sekali gus mengambil alih kedaulatan terhadap Kepulauan Malvinas. Namun, kepulauan tersebut diduduki Britain yang memperluas penjajahannya di rantau Amerika Selatan pada 1833, dengan menggunakan tindakan ketenteraan.

Isu Kepulauan Malvinas pada dasarnya adalah isu sejarah yang disebabkan kolonialisme.

Pada 2016, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Batas-Batas Pelantar Benua (CLCS) menentukan Kepulauan Malvinas terletak di dalam perairan wilayah Argentina.

Jawatankuasa Khas PBB mengenai Penyahjajahan juga berulang kali menuntut Britain kembali ke meja rundingan dengan Argentina. Namun, Britain menolak untuk berbuat demikian.

Semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun ini, Menteri Luar Argentina sekali lagi mengemukakan tuntutan kepada Britain untuk menyambung semula rundingan berhubung isu berkenaan, tetapi ditolak lagi.

Era penjajahan sudah lama berlalu. Mereka yang pernah melakukan penjajahan tidak boleh terus diam membisu dan berniat mengaut keuntungan daripada amalan kolonialisme tanpa henti.

Britain mesti menghormati resolusi PBB, memberi respons positif terhadap tuntutan sah rakyat Argentina dan memulangkan Kepulauan Malvinas kepada negara itu secepat mungkin.