Pertumbuhan Dagangan Barangan Global Diunjur 1.7 Peratus

2023-04-06 13:57:43  CRI
Share with:

Ahli ekonomi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) meletakkan unjuran pertumbuhan perdagangan barangan dunia sebanyak 1.7 peratus pada 2023.

Menurut laporan ‘Global Trade Outlook and Statistics’ edisi terkini, unjuran itu lebih rendah berbanding 2.7 peratus yang dicatat pada 2022.

Ahli perangkaan kanan, Barbara D'andrea Adrian menyatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dan pertumbuhan perdagangan dijangka menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini, dan akan memberi sumbangan penting kepada rejuvenasi ekonomi membangun.