Usah Pentaskan Farsa Politik, Mudarat Besar Menanti

2023-04-06 14:01:29  CRI
Share with:

Pertemuan antara Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy, hasil persubahatan membabitkan Taipei dan Washington, merupakan satu lagi provokasi politik selepas lawatan mengejut Nancy Pelosi ke Taiwan pada Ogos lalu.

Ia bertentangan dengan prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta mencemarkan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China.

Cubaan pihak berkuasa Parti Demokratik Progresif (DPP) mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’ menerusi sokongan AS serta tindakan AS yang mahu mengekang China dengan mempergunakan isu Taiwan, menjadi punca utama situasi Selat Taiwan semakin meruncing.

Isu Taiwan adalah teras kepada kepentingan teras China dan asas kepada asas politik hubungan China-AS, serta garis merah pertama yang tidak boleh dilangkaui.

Untuk mengendalikan isu Taiwan dengan betul, prinsip yang paling penting adalah mematuhi dasar satu China.

Walau bagaimanapun, AS cakap tidak serupa bikin. Tindakan memprovokasi dan mencemarkan prinsip satu China merupakan antara adegan farsa yang selalu dipentaskan oleh negara itu.

Perbuatan McCarthy mengadakan pertemuan dengan Tsai mengingkari janji AS yang dibuat kepada China dahulu, dan memusnahkan kredibiliti negara sendiri.

Pertemuan berkenaan sengaja dilakukan dengan niat jahat memantapkan hubungan rasmi antara AS dengan Taiwan, serta membendung China.

Ia bakal membawa mudarat dan merosakkan kedamaian rentas selat, hubungan China-AS dan orde antarabangsa.

Taiwan adalah milik China, dan penyelesaian isu Taiwan adalah urusan orang China sendiri.

Tidak kira sejauh manakah AS dan Taiwan bersekongkol, fakta bahawa Taiwan sebahagian wilayah China dari segi sejarah dan undang-undang takkan berubah.

Adalah mustahil untuk menghalang usaha China mewujudkan penyatuan semula tanah air dengan sepenuhnya, atau menggoncang realiti bahawa majoriti negara di dunia mengiktiraf dan menyokong prinsip satu China.