AMRO Jangka Ekonomi China Bertumbuh 5.5 Peratus
Keseluruhan ekonomi rantau ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) diramalkan bertumbuh pada kadar 4.6 peratus, antaranya kadar di China adalah 5.5 peratus pada tahun 2023.
Demikian menurut Laporan Tinjauan ekonomi rantau ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan terbitan Pejabat Penyelidikan Ekonomi Makro ASEAN+3 (AMRO) di Singapura, pada Rabu.
Laporan itu menganggap bahawa pertumbuhan ekonomi sejagat dijangka akan menjadi perlahan pada 2023 ekoran pertumbuhan secara perlahan di Amerika Syarikat (AS) dan zon Euro.
Selepas melalui pengetatan dasar kewangan berulang kali pada tahun 2022, entiti ekonomi maju turut mengalami tekanan besar khususnya dalam penggunaan dan pelaburan.
Menurut laporan itu, walaupun persekitaran sejagat dipenuhi cabaran, tetapi jangkaan pertumbuhan ekonomi di rantau 10+3 adalah lebih tinggi bagi tahun 2023 hingga mencecah 4.6%, berbanding tahun 2022 iaitu pada kadar 3.2 peratus.
Difahamkan, peningkatan kadar pertumbuhan itu adalah berpandukan peningkatan unjuran pemulihan ekonomi China, Jepun dan Korea Selatan, iaitu meningkat dari 2.6 peratus pada 2022 ke 4.5 peratus pada 2023.
Manakala, pertumbuhan ekonomi di ASEAN dijangka menjadi perlahan dari 5.6 peratus pada 2022 ke 4.9 peratus pada tahun ini.
AMRO turut meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi pada 2023 di China adalah 5.5 peratus, sementara 4.3 peratus, 1.2 peratus dan 1.7 peratus masing-masing untuk Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.
Jelas laporan itu lagi, Vietnam, Filipina dan Kemboja pula merupakan antara negara ASEAN yang bertumbuh paling cepat dengan kadar masing-masing sebanyak 6.8 peratus, 6.2 peratus dan 5.9 peratus.