Arab Saudi, Iran Setuju Pulihkan Hubungan Diplomatik di Beijing

2023-04-07 13:32:56  CRI
Share with:

Pertemuan tiga penjuru antara Menteri Luar China, Arab Saudi dan Iran iaitu Qin Gang, Faisal bin Farhan Al Saud serta Hossein Amir Abdollahian telah berlangsung di sini, pada Khamis.

 

Menurut Qin yang juga merangkap Anggota Dewan Negara China, konsensus penting yang dicapai Presiden China, Xi Jinping dengan pemimpin Arab Saudi dan Iran serta usaha bersama ketiga-tiga pihak, dialog Arab Saudi dan Iran yang berlangsung di Beijing amat berhasil.

 

“Arab Saudi dan Iran terus menjalankan komunikasi peringkat tinggi secara mesra yang mempamerkan sikap membina dan ikhlas.

 

“China menyokong usaha kedua-dua negara itu untuk terus menambah kepercayaan dan mencapai kemajuan baharu dalam memperbaiki hubungan bilateral,” ujar beliau.

 

Tambah Qin, terdapat tiga faedah daripada pemulihan hubungan antara Arab Saudi dan Iran iaitu memberikan jaminan yang kuat kepada usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, serta berperanan penting untuk memperkukuh perpaduan dan kerjasama antara negara serantau, selain meredakan ketegangan situasi serantau.

 

“Ia merupakan contoh penting dalam menyelesaikan perselisihan melalui dialog dan rundingan, selain selaras dengan arus zaman serta kepentingan yang sama negara serantau.

 

“Meskipun perdamaian Arab Saudi dan Iran dilihat langkah kecil, tetapi ia merupakan langkah besar bagi manusia untuk mengatasi konflik dan mewujudkan kedamaian,” kata beliau.

 

Qin turut menekankan bahawa China teguh menyokong negara serantau mengekalkan kemandirian strategik, memperkukuh perpaduan dan penyelarasan, membebaskan diri daripada pencampuran luar serta secara serius memegang nasib rantau Arab Barat di tangan sendiri.

 

“China akan terus memainkan peranan sebagai perantara yang muhibah dan boleh dipercayai demi memberikan sokongan yang memerlukan kepada Arab Saudi dan Iran, sekali gus menyumbang kepada penggalakan keselamatan dan kestabilan Asia Barat.

 

Faisal bin Farhan Al Saud dan Hossein Amir Abdollahian masing-masing turut merakamkan penghargaan kepada sokongan terhadap pertemuan Arab Saudi dan Iran yang penting.

 

Mereka turut menyatakan komitmen untuk memperbaiki hubungan dua hala secara terus-menerus, serta bersama-sama komited kepada pemeliharaan keselamatan dan kedamaian serantau.

 

Pada akhir pertemuan, Arab Saudi dan Iran telah menandatangani pengumuman bersama untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan serta-merta sambil disaksikan Qin Gang.