Temubual Eksklusif CMG Bersama PM M’sia

2023-04-08 16:59:01  CRI
Share with:

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa teruja terhadap pemahaman dan aspirasi Presiden China Xi Jinping mengenai hubungan bilateral. 

Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), Anwar berkata hasil terpenting lawatan kali ini adalah bertemu dengan Presiden Xi.

Menurut beliau, pertemuan itu bukan sekadar meliputi isu-isu berkatian perdagangan dan pelaburan, tetapi juga membabitkan pemikiran dua pemimpin terhadap falsafah khususnya mengenai dunia, nilai dan peradaban.

Beliau berkata, China merupakan jiran penting, rakan dagang utama dan pelabur besar bagi Malaysia.

Malaysia ingin mengekalkan hubungan baik dengan jiran, terutamanya ASEAN, pada masa sama menjalin ikatan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“China mempunyai tempat yang istimewa kerana kita berdekatan dan hubungan antara kita terjalin sejak sekian lama,” ujar PM itu.

Mengulas amalan mempolitikkan isu sains dan teknologi, Anwar menyifatkan sumbangan setiap negara dalam sains, teknlogi dan ekonomi digital sebagai produktif. 

Beliau menyeru supaya hasil berkenaan dikongsi semua, sambil menambah bahawa ia bukanlah sesuatu ancaman, persaingan ataupun cubaan untuk mengawal.

Tambah beliau, adalah signifikan bagi negara-negara di dunia menjalankan dialog silang peradaban berasaskan sikap saling hormat untuk menangani masalah masa hadapan.