PM Anwar Teruja Bertemu Presiden Xi

2023-04-08 16:10:52  CRI
Share with:

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa teruja terhadap pemahaman dan aspirasi Presiden China Xi Jinping mengenai  hubungan bilateral. 

Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), Anwar berkata hasil terpenting lawatan kali ini adalah bertemu dengan Presiden Xi.

Menurut beliau, pertemuan itu bukan sekadar meliputi isu-isu berkatian perdagangan dan pelaburan, tetapi juga membabitkan pemikiran dua pemimpin terhadap falsafah khususnya mengenai dunia, nilai dan peradaban.

Selain itu, isu-isu spesifik seperti visi komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, program latihan dan potensi kerjasama dua hala turut menjadi topik perbincangan.

Anwar memuji Presiden Xi antara pemimpin terulung yang mengemudi salah sebuah entiti ekonomi utama dunia.

Beliau berasa terharu dan amat menghargai ikatan muhibah antara kedua-dua negara.