Presiden Syria dan Iran Berhubung Melalui Telefon

2023-04-10 14:09:16  CRI
Share with:

Presiden Syria, Bashar al-Assad dan rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi berhubung melalui telefon pada Ahad untuk berbincang tentang hubungan dua hala dan situasi terkini di rantau Asia Barat. Kedua-dua pemimpin bersepakat untuk mengekalkan koordinasi dan komunikasi demi mendorong perkembangan hubungan bilateral sekali gus memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.Presiden Iran, brahim Raisi juga menyatakan bahawa negaranya menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria dan menganggap memerangi keganasan kondusif bagi pemeliharaan kedaulatan Syria.