Kesalinghubungan Jualan Tiket Rail Negara-negara BRI

2023-04-10 15:26:07  CRI
Share with:



Ramai kawan di luar negara masih berpandangan bahawa kerjasama “Inisiatif Jalur dan Laluan” hanya melibatkan pembinaan infrastruktur. Hakikatnya, usaha dalam banyak bidang yang telah dan boleh dilakukan di bawah kerangka tersebut.

 

Misalnya 

 

Sebelum ini, penumpang di Laos hanya boleh membeli tiket ke kaunter tertentu, dan dengan kewujudan aplikasi telefon pintar ini, ia secara tidak langsung sangat memudahkan pembelian tiket di negara tersebut.

 

Berdasarkan laporan media, sistem jualan tiket kereta api ini juga mampu menyokong banyak lagi negara lain yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan pada masa depan, manakala Laos pula merupakan pengguna pendahulu dalam kalangan negara asing.

 

Platfom yang menyambungkan sistem jualan tiket pelbagai negara ini kelihatan seperti satu projek yang luar biasa.

 

Di China, sistem 12306 mampu menghadapi cabaran penghijrahan terbesar di dunia, iaitu aliran penumpang balik kampung sempena Tahun Baharu China.

 

Kehebatan sistem ini terpapar daripada jumlah klik yang sangat besar jumlahnya. Pada waktu puncak, jumlah klik untuk sehari dicatatkan sebanyak 150 bilion kali, dengan setiap saat menyaksikan sebanyak 1500 tiket terjual.

 

Produk yang dijual pula boleh dikatakan paling rumit, sebab yang dijual adalah tempat duduk yang kosong.

 

China mempunyai jaringan rel yang paling besar di dunia, sepanjang 155 ribu kilometer, antaranya termasauk 42 ribu kilometer untuk kereta api berkelajuan tinggi. Dalam jaringan ini terdapat lebih 3000 buah stesen.

 

Meskipun pengguna membeli tiket untuk satu kereta api, tapi keperluan setiap penumpang juga berbeza. Sistem ini perlu menguruskan data jualan tiket dengan segera sebab satu tempat duduk yang kosong tak boleh dijual kepada dua orang.

 

Manakala, terdapat juga penumpang hanya menaiki untuk satu dua stesen saja, namun apabila individu itu turun, tempat duduknya menjadi kosong semula. Sistem ini perlu menyelaraskan data ini dengan keperluan penumpang lain supaya ada individu yang baru menaiki kereta api pada stesen itu segera mengisikan kekosongan tersebut.

 

Yang lebih menarik, meskipun sistem 12306 telah mempunyai lebih 720 juta pengguna, tapi kita mesti akur bahawa masih terdapat sebahagian penumpang tidak mahir membeli tiket melalui internet, dan mereka tetap memilih berbaris ke kaunter untuk membeli tiket. Jadi sistem 12306 juga perlu menyimpan sebahagian tiket untuk memenuhi keperluan mereka.

 

Bahkan memandangkan kewujudan penumpang warga emas, sistem ini akan secara automatiknya menyediakan tempat duduk yang lebih menyenangkan. Dan, sekiranya terdapat penumpang kanak-kanak, ia juga membantu menyediakan tempat duduk di tepi ibu bapa mereka.

 

Semua fungsi tersebut akan terwujud di pelbagai negara terlibat setelah kesemuanya bersambung dengan sistem tersebut.

 

Dengan adanya projek landasan kereta api, kita telah menyaksikan tersedianya peluang kerja dan rantaian bekalan di tempatan, serta latihan kemahiran dalam sektor berkenaan. Kini perkhidmatan jualan tiket pula menjadi bidang baharu.

 

Satria berharap ini membantu kawan-kawan memahami apakah itu kerjasama di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan dan faedahnya yang dibawa kepada penduduk tempatan.