Kenaikan Kadar Faedah Punca Pergolakan Perbankan Eropah - Sarjana Britain

2023-04-10 14:10:28  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan (Fed) dan bank pusat Eropah yang menaikkan kadar faedah secara berterusan pada tahun lalu merupakan antara punca utama bagi berlakunya pergolakan sektor perbankan Eropah pada pusingan kali ini. Profesor daripada Institut Politik dan Ekonomi London Britain, Iain Begg berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan baru-baru ini.

Begg menyatakan bahawa harga bon menurun apabila kadar faedah ditingkatkan. Maka, lakuan Fed dan bank pusat Eropah yang menaikkan kadar faedah secara berterusan mengakibatkan sebahagian bank yang nisbah pegangan bonnya agak tinggi terperangkap dalam kesukaran. Sejumlah bank  besar termasuk Credit Suisse dan Deutsche Bank juga terkesan dalam pergolakan pusingan kali ini.