Insiden Lagi Kereta Api AS Tergelincir

2023-04-10 14:07:29  CRI
Share with:

Sebuah kereta api milik syarikat Norfolk Southern Railway Amerika Syarikat (AS) dilaporkan tergelincir di Jasper, Alabama pada malam Sabtu lalu waktu tempatan.

Syarikat tersebut memaklumkan semalam bahawa tiada muatan bahan beracun terlibat dalam insiden ini dan juga tiada ancaman akibatnya terhadap penduduk awam.

Sebelum ini, sebuah kereta api syarikat Norfolk Southern Railway pernah dilaporkan tergelincir pada 3 Februari. Muatan bahan kimianya terbocor dan mengalir ke sungai sedangkan gas beracun tersebar sehingga membawa ancaman terhadap kesihatan penduduk tempatan. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) AS pernah menyatakan pada bulan Mac bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap budaya keselamatan syarikat itu yang dilaporkan terlibat dalam lima insiden teruk yang berlaku sejak bulan Disember tahun 2021.