China, Malaysia Berusaha Tingkatkan Kerjasama Pelancongan dan Sosiobudaya
2023-04-11 13:02:07 CRI
Pengarah Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Demokratik Progresif Malaysia, yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing di Beijing pada Isnin.
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai pelaksanaan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, dan usaha memperkasa pertukaran antara parti serta kerjasama bilateral dalam bidang pelancongan dan sosiobudaya kedua-dua negara.