Insiden Tembakan Ragut 11,500 Nyawa Lebih dalam 100 Hari Pertama Tahun Ini di AS

2023-04-11 15:57:51  CRI
Share with:

Lebih 11,500 orang maut dan 8,800 lagi cedera dalam insiden melibatkan senapang di Amerika Syarikat (AS) pada 100 hari pertama tahun 2023.

Menurut data yang terdedah melalui laman sesawang keganasan senjata api semalam, terdapat 146 insiden senapang besar-besaran yang dilaporkan dalam tempoh itu, dengan setiapnya mengakibatkan  sekurang-kurangnya empat orang maut atau cedera kecuali si penembak. Dengan kata  yang lain, rata-rata terdapat sekurang-kurangnya satu kes tembakan berlaku di tanah AS pada setiap hari.

Untuk rekod, sebanyak 273 insiden seumpama itu dicatat pada tahun 2014. Selanjutnya, jumlah itu bertambah sekali ganda hingga mencapai 647 pada tahun 2022 yang turut menyaksikan lebih 40,000 nyawa diragut.