Perkembangan Kedamaian yang Menggalakkan di Asia Barat

2023-04-11 15:11:31  CRI
Share with:

 

Sejak Arab Saudi dan Iran mengadakan dialog di Beijing pada sebulan lalu, hampir setiap hari boleh kedengaran berita yang baik dan perkembangan baharu yang berlaku di rantau Asia Barat.

Pada 8 April waktu tempatan, delegasi diplomat Arab Saudi tiba di Tehran, ibu negara Iran untuk membincangkan butiran kerja kedua-dua pihak untuk membuka semula kedutaan dan konsulat. Sebelum ini, menteri luar kedua-dua negara tersebut mengadakan pertemuan di Beijing dan mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik secara rasmi.

Sempena Arab Saudi dan Iran berjabat tangan, peluang penting bagi mewujudkan kedamaian di Yaman juga kelihatan. Sekiranya kemajuan substantif dapat dicapai, ini akan menjadi satu lagi contoh kejayaan negara Asia Barat menyelesaikan perselisihan secara mandiri melalui dialog dan rundingan.

Pada bulan Mac lalu, Arab Saudi dan Syria bersepakat untuk membuka semula kedutaan antara satu sama lain. Hubungan kedua-dua negara yang semakin pulih ini menandakan Syria berkemungkinan diterima kembali ke keluarga Arab.Presiden Emiriah Arab Bersatu ketika ditemui Presiden Syria, Bashar al-Assad pada bulan Mac berkata,tibalah masa untuk menyambut Syria kembali ke pangkuan dunia Arab.  

Selain itu, hubungan antara Turkiye dan Mesir pun kian hari pulih. Menteri luar kedua-dua negara bertemu di Kaherah pada penghujung bulan Mac, dan kemudian mengumumkan akan memulihkan hubungan diplomatik pada peringkat duta besar.

Tidak mudahlah tercapai begitu banyak kemajuan di Asia Barat yang situasinya rumit sekali. Para penganalisis menganggap kecenderungan tersebut berpunca dari kedua-dua faktor dalaman dan luaran. Rakyat Asia Barat yang sudah lama mengalami kesengsaraan peperangan amat mendahagakan kedamaian. Seiring dengan Amerika Syarikat (AS) mengalihkan tumpuan dan sumbernya ke rantau Asia-Pasifik, negara Asia Barat menganggap Washington tidak boleh dipercayai lagi kerana melepaskan perjanjian keselamatan tradisonal terhadap negara sekutunya.Serentak itu, negara Asia Barat pun menimba pengalaman daripada konflik Rusia- Ukraine iaitu mesti menjauhkan diri dari campur tangan luaran dan memperkukuh perpaduan dan koordinasi agar memegang nasib dalam tangan sendiri.

Sepanjang perkembangan terkini di rantau Asia Barat,China yang berpendirian rasional,tidak berat sebelah, tidak berhasrat mengaut laba sendiri dan tidak bermain politik kem, telah mendapat amanah dari negara Asia Barat. Inisiatif Keselamatan Sejagat yang dikeluarkan China mendapat sambutan negara Asia Barat dan masyarakat antarabangsa. Pendek kata, usaha China selaras dengan arus perkembangan Asia Barat yang mahu mewujudkan kedamaian dan pembangunan.  

Pendirian China adalah konsisten untuk memainkan peranan penggerak keselamatan dan kestabilan, pihak kerjasama bagi pembangunan dan kemakmuran dan pendorong perpaduan dan kemandirian di rantau Asia Barat.