Rundingan Damai Arab Saudi dengan Kumpulan Houthi Dialu-alukan Kerajaan Yaman

2023-04-11 13:08:32  CRI
Share with:

Kerajaan Yaman mengeluarkan kenyataan semalam yang mengalu-alukan rundingan damai antara Arab Saudi dengan Kumpulan Bersenjata Houthi.

Dimaklumkan, pihaknya menanti-nantikan hasilan positif dicapai menerusi rundingan terbabit, kerana Yaman berkemungkinan besar mewujudkan kedamaian setelah pemulihan hubungan diplomatik antara Arab Saudi dengan Iran baru-baru ini.

Untuk rekod, pegawai kanan Kumpulan Houthi,  Mahdi al-Mashat telah ditemui perwakilan yang diketuai Duta Besar Arab Saudi ke Yaman, Mohamed Jaber di Sanaa kelmarin. Kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai perkara termasuk menyambung semula penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata yang sudah tamat tempoh pada Oktober tahun 2022.