Hubungan Dua Negara Membangun Terbesar Diperkukuh

2023-04-12 15:48:35  CRI
Share with:

Lawatan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva ke China yang bermula 12 April menandakan dua negara membangun terbesar dan negara pasaran baru muncul utama yang masing-masing terletak di hemisfera timur dan barat berjabatan tangan sekali lagi.

Presiden Lula adalah kawan lama bagi  rakyat China. Semasa menjawat jawatan presiden Brazil (2003-2010) untuk penggal pertamanya, beliau pernah membuat lawatan rasmi sebanyak dua kali ke China.

Dalam tempoh perkhidmatan Lula sebagai presiden Brazil, hubungan China-Brazil berkembang dengan pesat. China menjadi rakan dagang terbesar bagi Brazil pada tahun 2009 dan  mengekalkan status itu selama 14 tahun berturut-turut. Brazil pula merupakan negara Amerika Latin pertama yang jumlah perdagangannya dengan China melebihi USD100 bilion (RM441.7 bilion) .

Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan perutusan tahniah atas terpilihnya Luiz Inacio Lula da Silva sebagai Presiden Brazil buat kali ketiga pada Januari, menegaskan bahawa selaku negara membangun besar dan negara pasaran baru muncul utama di dunia, China dan Brazil berkongsi kepentingan dan tanggungjawab pembangunan yang meluas.

Isu ekonomi dijadikan tumpuan utama dalam jadual lawatan Lula kali ini. Pada masa ini, Brazil menghadapi tugas berat dalam pemulihan pasca pandemik COVID-19 dan Lula komited untuk mempromosikan "perindustrian semula" Brazil, manakala China sedang menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dan peningkatan tahap keterbukaan yang dipercayai akan menyediakan peluang menang-menang untuk semua negara di dunia, termasuk Brazil.

Di bawah usaha pucuk pimpinan kedua-dua negara, kerjasama dua hala antara China dan Brazil semakin mendalam, dan hubungan antara rakyat kedua-dua pihak pun menjadi semakin erat. Rakyat China, khususnya golongan muda dilaporkan mengetahui semakin banyak mengenai Brazil, sedangkan rakyat Brazil pun semakin meningkatkan penginsafan tentang China, dan kian hari kian memanfaatkan produk "Buatan China".

Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi yang dimulakan pada tahun 1980-an merupakan satu lagi tunjang penting bagi kerjasama China-Brazil, terbukti dengan tercapainya sejumlah hasil penyelidikan saintifik yang meliputi Satelit Sumber Bumi China-Brazil, Pusat Penyelidikan dan Inovasi Nanoteknologi, dan Pusat Iklim dan Tenaga. Antaranya, Projek Satelit Sumber Bumi China-Brazil dikenali sebagai "teladan kerjasama Selatan-Selatan", dan berperanan demonstrasi dalam memecahkan monopoli teknologi negara-negara maju.

Di sebalik situasi antarabangsa yang kompleks dan sentiasa berubah, China dan Brazil, sebagai pelopor negara-negara membangun, bertindak sama-sama menolak amalan hegemonisme dan politik kuasa  besar serta menyokong amalan multilateralisme yang sebenar. Kedua-dua negara mengekalkan kerjasama erat dalam pertubuhan antarabangsa dan mekanisme pelbagai hala yang meliputi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, WTO, G20 dan BRICS, yang telah melantangkan suara negara-negara membangun dan suara berhubung keamanan dan pembangunan.

Sebelum bertolak ke China, Lula berulang kali menyebut peranan China dan perkataan "keamanan" dalam ucapan beliau berhubung krisis Ukraine. "Cadangan keamanan perlu dikemukakan, kerana Amerika Syarikat dan Eropah tidak menyebut tentang keamanan," tegasnya.

Perkembangan hubungan bilateral China-Brazil bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, malahan juga seluruh dunia. Dengan berpandukan arahan pemimpin kedua-dua negara, kerjasama yang saling menguntungkan dan muhibah dalam pelbagai bidang antara China dan Brazil dipercayai akan dinaik taraf dan memberi sumbangan baharu kepada kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.