IMF Unjurkan Pertumbuhan Ekonomi China 5.2% Tahun 2023

2023-04-12 15:03:51  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi China diunjurkan mencatat  5.2% pada tahun 2023, dan dijangka akan menjadi penggerak positif dalam senario ekonomi global.

Demikian ditunjukkan Laporan Prospek Ekonomi Dunia yang disiarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa.

Penasihat ekonomi merangkap Pengarah Bahagian Pengajian IMF, Pierre Olivier Gourinchas berkata, penguatkuasaan dasar kuarantin dan pencegahan wabak yang sudah disusun semula oleh China kondusif bagi  pemulihan ekonomi domestiknya malah ekonomi global. China akan menjadi enjin  kunci bagi pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini yang diunjurkan mencecah 2.8%,  iaitu 0.1 peratus lebih rendah daripada unjuran sebelum ini.