Skandal 'Tapping' Lagi, Apa Washington Nak Cakap kepada Sekutunya?

2023-04-13 16:09:29  CRI
Share with:

Lebih 100 dokumen perisikan ketenteraan  Amerika Syarikat (AS) yang tinggi tahap kerahsiaannya berturut-turut terdedah  dalam dunia siber sejak bulan Mac lalu. Kandungannya merangkumi peranan besar AS dalam konflik antara Rusia dengan Ukraine, gerak-gerinya yang berterusan dalam pemantauan (wire tapping atau phone bugging) terhadap pemimpin tinggi Ukraine,  Korea Selatan dan Israel dan sebagainya. Setelah tular selama sebulan lebih,  skandal 'tapping' itu telah menjadi peristiwa paling serius berkaitan kebocoran rahsia selepas berlakunya peristiwa Wikileaks pada tahun 2013.

Pada beberapa dekad yang lalu, pengawasan AS terhadap sekutunya merupakan rahsia yang diketahui umum. Bagaimanapun pada kali ini, rakan sekutu AS tak sanggup rasanya mendengar modus operandi Pentagon yang begitu sewenang-wenangnya. Contohnya, terdapat beberapa banyak perincian tentang  konflik Rusia-Ukraine, termasuk serangan tentera Ukraine pada musim bunga,  bantuan negara Barat dalam penempatan tentera, penyerahan senjata dan jumlah pasukan, terkandung dalam dokumen yang terbocor itu. Selain itu, pembaharuan kehakiman Israel dan mesyuarat rahsia pegawai Korea Selatan mengenai sama ada membekalkan senjata pemusnah kepada Ukraine atau tidak, pun berada di bawah  pemantauan Washington yang kian hari kian meningkatkan penglibatannya dalam  konflik terbabit. AS tidak percaya pada mana-mana negara termasuk sekutunya.  Baik pemimpin negara sekutu, mahupun perkembangan terkini dalam peperangan,  selalu diperalatkan dalam percaturan hegemoninya.

Melihat saja sejarah silam AS, sememangnya tiada konsep sekutu sebenar dalam mentaliti hegemoninya. Walaupun pernah menguar-uarkan negaranya mampu membekalkan perlindungan keselamatan dan bantuan ekonomi kepada rakan sekutunya setelah Perang Dunia Kedua, Washington sekarang ini kian hari kian mengabaikan kepentingan  sekutunya.

Berdepan dengan sekutu yang kurang jinak, AS berwaspada pada tingkah lakunya menerusi kawalan yang ketat, malah memperalatkan suatu kelemahannya melalui pemantauan (wire tapping atau phone bugging) yang sudah menjadi semakin mustahak di matanya.

Padahal, pedang tajam yang diayunkan Washington terhadap sekutunya bukan hanya pemantauan sahaja. Begitu mudah terpecah pakatan sekutu di pentas realis dan egocentris. Seperti yang dinyatakan oleh Henry Alfred Kissinger, "bermusuh dengan AS mengundang bahaya, bersekutu dengan AS membawa maut".