Rundingan CAFTA Versi 3.0 Pusingan Kedua Labuh Tirai
Rundingan mengenai pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 pusingan kedua diadakan di Bangkok, Thailand pada 10 hingga 12 April, disertai pegawai dari China dan sepuluh negara ASEAN, serta Sekretariat ASEAN.
Difahamkan, China dan ASEAN telah mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung keterbukaan selanjutnya dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, perdagangan barangan, pelaburan, persaingan dan perlindungan pengguna, kesihatan dan fitosanitasi, standard, peraturan teknikal dan prosedur penilaian pematuhan, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Untuk rekod, pelancaran rundingan CAFTA versi 3.0 diumumkan pada November 2022 dan pusingan pertama rundingan diadakan secara dalam talian pada Februari lalu.
China dan ASEAN komited untuk meningkatkan tahap keterbukaan dalam bidang ekonomi dan perdagangan, meluaskan kerjasama sama menang dalam bidang baru muncul, supaya mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan bersama di rantau ini.