Tren Penumpang Vientiane-Kunming Beroperasi

2023-04-13 15:55:51  CRI
Share with:

Hari ini menyaksikan bermulanya operasi rasmi dua tren penumpang dua hala menyusul Laluan Kereta Api China-Laos yang masing-masing bertolak dari Stesen Kunming Selatan di China dan Vientiane  di Laos. Tren D888 sebagai perkhidmatan antarabangsa yang pertama bagi perjalanan tren Vientiane-Kunming bertolak dari Vientiane pada pukul 8.08 pagi tadi,  dan pengembaranya boleh tiba di Kunming pada hari yang sama.

Tren D888 yang dilengkapi sembilan gerabak untuk 720 orang penumpang ini dijadualkan berhenti di empat stesen di wilayah Laos, iaitu Vientiane, VangVieng, Luang Prabang dan Boten.

Terdapat dua jenis tiket tren D888 yang masing-masing berharga kira-kira RMB470  (RM301) dan RMB760  (RM487) bagi sepanjang perjalanan.