Negara Sekutu Atau Bintang Tersembunyi pada Bendera Kebangsaan Amerika

2023-04-14 16:30:55  CRI
Share with:

Setelah perisik Amerika ‘kantoi’ mengadakan pengintipan terhadap pemimpin negara-negara sekutu seperti Korea Selatan dan Israel, respons beberapa negara yang terlibat amat menarik.

 

Setelah berdiam selama beberapa hari, terdapat pegawai kerajaan Korea Selatan menyatakan pada 9 April bahawa hal macam ini dulu pun telah banyak kali berlaku, dan berdasarkan pengalaman, ia tidak akan menggoyangkan persekutuan antara Korea Selatan dengan Amerika.

 

Kenyataan yang tidak tahu malu ini tentulah menghadapi bantahan keras dari parti pembangkang dan rakyat di negara itu.

 

Bagaimanapun, setelah Setiausaha Pertahanan Amerika mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Korea Selatan menerusi telefon, Pejabat Presiden Korea Selatan mengeluarkan kenyataan pada 11 April bahawa banyak dokumen yang didedahkan adalah palsu.

 

Pihaknya turut menegaskan peri pentingnya persekutuan dengan Amerika dan berharap lawatan Presiden Yoon Seok-Youl ke Amerika yang dijadualkan pada hujung bulan ini memperkukuh persekutuan tersebut.

 

Maksudnya berbanding lawatan ke Amerika, insiden mengintip Presiden adalah hal yang kecil dan biasa.

 

Sebagai makluman, Pejabat Presiden Korea Selatan dulu berjiran dengan sebuah pangkalan tentera Amerika di negara itu.

 

Persoalannya, adakah pihak Amerika menyatakan perisikan yang didedahkan itu adalah palsu?

 

Koordinator Strategi Komunikasi Majlis Keselamatan Negara White House, John Kirby menyatakan dalam sidang akhbar pada 10 April bahawa maklumat tersebut bukanlah produk untuk masyarakat awam, tiada kaitan dengan surat akhbar atau televisyen, tidak sepatutnya terpapar di media massa.

 

Masih ingatkah perisiwa PRISM yang didedahkan oleh Edward Snowden pada sepuluh tahun yang lalu? Pemimpin semua negara sekutu Amerika, termasuk Jerman, Perancis, Sweden, Norway dan Belanda, diintip sejak sekian lama. Pada masa itu Canselor Jerman, Angele Merkel masih berani mengeluarkan bantahan kepada Amerika, tapi setakat itu sahaja.

 

Persoalannya, adakah Amerika menghentikan pengintipan terhadap pemimpin negara sekutu setelah dibantah?

 

Jawapannya sudah jelas, lihat sahaja pendedahan aktiviti perisikan kali ini.

 

Yang disalahkan adalah Snowden, hingga sekarang masih dikehendaki oleh kerajaan Amerika dan terpaksa melarikan diri di luar negara. Dan untuk kali ini, seorang askar Pasukan Pertahanan Negara yang hanya berumur 21 tahun saja telah ditahan dan didakwa mendedahkan perisikan Pentagon.

 

Inilah harga menjadi “rakan sekutu” Amerika. Semuanya perlu terkawal dalam tangan Amerika. Nampaknya rakan sekutu yang berdaulat, sebenarnya hanya dilihat sebagai bintang yang tersembunyi pada bendera kebangsaan Amerika.

 

Menyedari fakta ini, amat membantu memahami kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam rangka lawatannya ke China bahawa Eropah tidak patut mengikuti agenda Amerika, sebaliknya menegaskan automatik.

 

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel pula menyatakan sokongan terhadap Emmanuel Macron dengan berkata bahawa meskipun sebahagian pemimpin Eropah tidak akan menyatakan secara terus terang seperti Macron, tapi ramai orang mempunyai pandangan yang mirip dengan beliau mengenai hubungan dengan Amerika.