China Mula Import Durian dari Filipina
“Saya harap aroma dan keunikan rasa durian Filipina dapat memikat hati anda,” kata Duta Besar Filipina ke China, Jaime A. FlorCruz dalam jerayawara kemasukan durian Filipina ke bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei baru-baru ini.
Susulan lawatan rasmi Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. ke China pada awal tahun ini dan pemeteraian perjanjian berkenaan dengan China, Jabatan Am Kastam China secara rasminya memberi lampu hijau terhadap pengimportan durian dari Filipina.
Menurut Jaime, hubungan dua hala antara Filipina dengan China sedang menuju ke arah yang positif.
“Filipina merupakan sumber import pisang dan nanas yang paling besar bagi China.
“Manakala, China pula menjadi pasaran kedua terbesar bagi hasil pertanian Filipina,” tambah beliau.
Filipina baru-baru ini meratifikasikan surat pengesahan Rakan Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kepada Setiausaha Agung ASEAN dan ia bakal berkuatkuasa untuk Filipina pada 2 Jun nanti.
Ia secara tidak langsung menandakan RCEP berkuatkuasa secara komprehensif kepada 15 anggota.
Pada masa sama, ia turut menandakan bahawa kawasan perdagangan bebas yang paling besar di dunia akan memasuki fasa pelaksanaan secara menyeluruh.