Antonio Guterres Terdedah dalam Penyadapan Washington

2023-04-14 14:47:57  CRI
Share with:

Pelbagai negara seharusnya menghormati keselamatan telekomunikasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Demikian dinytakan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric pada Khamis ketika memberi respons terhadap pertanyaan wartawan tentang penyadapan yang dilakukan AS terhadap telefon Antonio Guterres.

Menurut beliau, Guterres berpendirian konsisten mengenai konflik Rusia-Ukraine, iaitu meredakan kesengsaraan golongan paling miskin di dunia ini menerusi pelbagai saluran seperti pelaksanaan perjanjian pengangkutan produk pertanian ke luar Laut Hitam, dan secepat mungkin mewujudkan gencatan senjata dan mengakhiri peperangan.

Jurucakap itu juga menyatakan, pihaknya sedang berusaha menambahbaik keselamatan telekomunikasi dalam PBB.