Qin Gang Hadiri Sidang Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan

2023-04-14 13:36:28  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang menghadiri Sidang Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan keempat di Samarqand, Uzbekistan pada Khamis.

Qi Gang menekankan, "sebagai negara jiran, kita dikehendaki memainkan peranan pembimbing dalam menghulurkan bantuan kepada Afghanistan untuk membantunya mengatasi kesukaran dan cabaran serta mewujudkan kestabilan dan pembangunan.

"Perlunya memerangi kuasa pengganas yang berpangkalan di Afghanistan. Serentak itu, menggesa Amerika Syarikat agar membatalkan sekatan sepihak terhadap Afghanistan dengan segera dan memulangkan dana negara itu yang terbeku di seberang laut".

Beliau juga menyeru pentadbiranTaliban agar menjalankan tadbir urus secara inklusif. Selain itu, kerjasama substantif yang melibatkan Afghanistan diharap dapat bertambah.

Qin menyatakan bahawa China sudi terus memberikan sokongan kepada pembangunan semula Afghanistan, bersedia bersama dengan negara jiran mendorong penyelesaian isu Afghanistan dengan baik dan komited kepada keselamatan serantau dan pembangunan bersama.  

Para hadirin menyatakan bahawa hendaklah memelihara komunikasi dengan kerajaan sementara Afghanistan, mendorong dan memandunya menunaikan janji serta bertindak pantas memerangi keganasan dan pemerdagangan serta pengedaran dadah, di samping menentang kuasa luar yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan Afghansitan dan serantau.

Yang dikeluarkan berikutnya, Pengumuman Samarqand Sidang Menteri Luar Negara Jiran Afghanistan keempat.