CICPE Cermin Keyakinan Pedagang Asing terhadap China

2023-04-16 15:23:22  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China  (CICPE) ke-3 yang melabuh tirainya pada Sabtu lalu diserikan dengan pameran yang terdiri daripada lebih 4,000 buah produk unggul dari lebih 60 buah negara dan kawasan, serta sejumlah produk premium buatan peneraju bidangan dalam senario global.

China merupakan pasaran produk penggunaan kedua terbesar serta pasaran jualan runcit dalam talian yang terbesar di dunia, dan nisbah belanja penggunaan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal pada paras 50% ke atas untuk 12 tahun berturut-turut. Sidang Kerja Ekonomi Pusat China yang diadakan pada penghujung tahun lalu menekankan bahawa China akan komited kepada memperluas permintaan domestik, dan mengutamakan pemulihan dan peningkatan penggunaan. Pasaran penggunaan China pada suku tahun pertama tahun ini pulih dengan stabil, terbukti dengan kadar kemakmuran sektor jualan runcit merekod 50.6% pada bulan Mac, yang meningkat 0.3 mata peratus berbanding bulan Februari. Ini dilihat boleh menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat asing untuk memasuki pasaran China.

Pada tahun-tahun kebalangan ini, seiring dengan penaiktarafan yang semakin ketara dalam sektor penggunaan China, “inovasi penggunaan” sudah menjadi antara kata kunci CICPE tahun ini. Pengarah Perwakilan Persatuan Penggalakan Perdagangan Jepun di Guangzhou, Okada Eiji memaklumkan bahawa penglibatan syarikat Jepun dalam pameran kali ini merupakan yang skopnya paling besar dalam sejarah negaranya. Menurut beliau, seiring dengan meningkatnya taraf hidup rakyat China, pasaran produk pengguna negara ini pun menunjukkan ruang perkembangan yang lebih besar. Ketua pegawai penyelaras China Jawatankuasa Perdagangan Luar Itali, Gianpaolo Bruno menganggap bahawa selain produk berkualiti tinggi, sektor korporat juga diharap memperkenalkan gaya hidup dan penggunaan yang baharu kepada golongan pengguna China.  

Ekspo kali ini bukan sahaja merupakan platform bagi syarikat asing untuk mempamerkan produk, malahan juga peluang untuk meneroka masa depan. Sejak CICPE diadakan buat pertama kali pada tahun 2021, semakin banyak syarikat asing memilih bertapak di Hainan untuk mengambil bahagian dalam pembinaan tempatan ke arah hab pelancongan dan penggunaan yang bertaraf dunia.

China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan pada tahun ini melalui siri langkah yang termasuk “meningkatkan kualiti dan tahap kerjasama perdagangan dan pelaburan", "meningkatkan pembukaan industri perkhidmatan moden", "menyerupakan layanan terhadap perusahaan dari dalam dan luar", "meningkatkan usaha untuk menganggotai atau mendorong perjanjian ekonomi dan perdagangan yang berspesifikasi tinggi seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA), yang bertujuan menyediakan ruang lebih besar dan suasana perniagaan yang lebih baik kepada pedagang asing.

Justeru pada hari penutupan CICPE bersamaan Sabtu lalu, Canton Fair ke-133 membuka tirainya. Pameran antarabangsa yang dihoskan China satu demi satu, mencerminkan negara ini yang bertindak pantas menunaikan janjinya untuk menjadikan pasaran domestiknya sebagai pasaran yang boleh dikongsi semua.