PBB Gesa Pihak Berkonflik di Sudan Hentikan Tindakan Bermusuhan Segera

2023-04-16 15:19:59  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan kenyataan pada Sabtu waktu tempatan yang menyatakan keprihatinan terhadap konflik yang berlaku antara pasukan bersenjata Sudan (SAF) dengan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) serta menzahirkan rasa kesal terhadap kematian dan kecederaan yang melibatkan penduduk awam.

Para anggota Majlis Keselamatan PBB dalam kenyataan itu menggesa pelbagai pihak menghentikan tindakan bermusuhan dengan segera dan menyeru semua pihak terlibat memulihkan dialog demi menyelesaikan krisis Sudan ketika ini.

Kenyataan itu menekankan peri pentingnya memelihara kemasukan bantuan kemanusiaan dan keselamatan pekerja PBB serta menegaskan sekali lagi perjanjian teguh anggota Majlis Keselamatan PBB terhadap pemeliharaan penyatuan, kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayan Sudan.