93.21% Responden Menentang Jepun Buang Air Cemar Nuklear ke Laut

2023-04-16 15:10:18  CRI
Share with:

Sebanyak  93.21% responden yang mengikuti tinjauan pendapat umum global yang dilancarkan CGTN (China Global Telvision Network) menentang sekeras-kerasnya rancangan Jepun yang memutuskan membuang air cemar Loji Jankuasa Nuklear Fukushima ke Laut Pasifik pada tahun ini.

Dimaklumkan,  air cemar terbabit mengandungi lebih 60 jenis bahan radioaktif yang kebanyakannya belum diproses secara berkesan. Bagaimanapun, kerajaan Jepun dan Syrikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan pihaknya telah membersihkan air cemar terbabit dan menganggapnya tidak berbahaya. Sehubungan itu, 90.28%  responden menyifatkan kenyataan itu kurang menyakinkan, manakala 86.45% mengkritik rancangan itu tidak saintifik, terbuka dan telus.

Kini,  kumpulan kerja Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) masih belum menyelesaikan analisis terhadap pelan Jepun mengenai pembuangan air cemar nuklear, namun telah  menunjukkan terwujudnya perbezaan antara pelan Jepun dengan piawaian keselamatan IAEA. Bagaimanapun Jepun tetap berdegil memajukan rancangan tersebut, dan  mempercepat pembinaan projek berkenaan. Untuk itu, 91.21% responden mendakwa Jepun sama sekali mengabaikan tanggungjawabnya jika terus membuang air cemar ke laut tanpa jaminan keselamatan mutlak; 92.33% sangat bimbang akan kesan negatif ekoran gerak kerja Jepun itu; dan 90.78% menganggap air cemar nuklear yang dibuang ke laut akan membahayakan persekitaran laut dan kesihatan manusia.

Untuk rekod, tinjauan pendapat umum yang dilancarkan melalui platform CGTN yang berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu mendapat 33,746 respons dalam  24 jam.