Insiden Tembakan di Alabama, Empat Terbunuh

2023-04-17 14:10:07  CRI
Share with:

Insiden tembakan berskala besar berlaku di Dadeville, Alabama, Amerika Syarikat (AS) pada malam Sabtu, mengakibatkan empat terbunuh, dan 15 lagi remaja cedera.

Antara mangsa cedera itu, enam orang sudah discaj dari hospital selepas menerima rawatan, manakala sembilan lagi telah dipindahkan ke institusi perubatan lain untuk rawatan lanjut, lima daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan CNN, insiden tembakan itu berlaku ketika majlis hari jadi seorang remaja berlangsung di sebuah studio tarian tempatan. Sebanyak lebih 50 orang menyertai majlis itu.

Setakat ini, polis tempatan masih belum mengumumkan maklumat mengenai penembak terbabit, dan punca insiden masih dalam penyiasatan.