Hancurkan Hegemoni USD, Kita Ada Kesabaran dan Perpaduan

2023-04-17 15:54:52  CRI
Share with:

Setelah PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) mengeluarkan cadangan Tabung Kewangan Asia (AMF) dalam rangka lawatan ke China, seorang lagi pemimpin penting di dunia menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hegemoni kewangan Amerika di sini.

 

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva baru-baru ini bertanyakan bahawa, “Kenapa semua negara perlu menggunakan USD untuk penyelesaian? Mengapa bukan mata wang negara lain? Adakah Bank BRICS mampu menyediakan mata wang untuk penyelesaian perdaganganan antara China dengan Brazil atau negara BRICS yang lain?”

 

Persoalan dilontarkan beliau ketika melawat Bank Pembangunan Baharu BRICS di Shanghai serta menghadiri upacara angkat sumpah Gabenor baharu bank tersebut, yang juga bekas Presiden Brazil, Dilma Rousseff.

 

Penggunaan USD sebagai alat penyelesaian perdagangan antarabangsa ini adalah salah satu bentuk kepercayaan dunia terhadap Amerika dan juga tanggungjawab bagi negara itu. Dalam proses ini, tentulah ia akan membawa banyak faedah kepada Amerika, dan ini tak sukar untuk difahami.

 

Bagaimanapun, apabila mekanisme ini digunakan untuk ‘meratah’ harta negara lain, bahkan membanteras negara lain mengikut selera agenda politik sendiri, pastinya semua negara akan mencari penyelesaian yang baharu.

 

Amerika merampas harta negara lain melalui kawalan suku bunga FED.

 

Dengan menaiki suku bunga, dolar di seluruh negara akan tertarik kembali ke Amerika. Manakala mata wang pelbagai negara akan menghadapi defisit. Ketika itu, kalau ada negara yang hutang Amerika sudah matang tapi rizab USD tak cukup untuk membayar, pelbagai harta milik negara itu turut merosot, bahkan menghadapi krisis kewangan. Pada masa itu, FED menurunkan suku bunga lagi, menerbitkan lebih banyak USD untuk membeli harta negara lain.

 

Turun naik suku bunga FED hanya berkhidmat untuk kepentingan negara Amerika saja, tapi dengan kedudukan USD sebagai alat penyelesaian perdagangan antarabangsa, ia membawa impak besar kepada dunia.

 

Kini, dengan kerjasama BRICS dan pelbagai platform antarabangsa, kita mampu mencari penyelesaian yang lain.

 

Ambil contoh, China yang memegang rizab USD yang besar mampu menyediakan bantuan kepada negara yang kekurangan USD. Di samping itu, negara itu boleh mengembalikan RMB kepada China melalui perdagangan antara kedua-dua negara.

 

Ini membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kewangan pelbagai negara lain di dunia, mengelakkan harta mereka dirampas oleh Amerika dengan turun naik suku bunga FED.

 

Ketika melihat keadaan ini, Amerika mulai mengada-adakan “perangkap hutang China”.

 

Sebenarnya impak utama negara-negara terlibat yang menghadapi krisis hutang turun naik suku bunga FED. Ditambah lagi dengan impak pandemik yang sudah tentu banyak menjejaskan ekonomi semua negara serta kemampuan mereka untuk membayar hutang luar.

 

Hakikat mengenai hutang luar kebanyakan negara adalah, hanya sebahagian kecil daripadanya merupakan hutang dari China, dan sebahagian besarnya pula merupakan hutang USD dari negara atau pertubuhan kewangan Barat.

 

Menyebarkan berita palsu mengenai “perangkap hutang China” memperlihatkan kebimbangan Amerika atas terjejasnya hegemoni kewangan di dunia. Bukan hanya kerana China menyediakan hutang RMB, tetapi juga muncul pertumbuhan kewangan antarabangsa yang mencuba mengelakkan penyelesaian USD, seperti Bank Pembangunan Baharu BRICS, atau Tabung Kewangan Asia yang dicadangkan oleh DSAI.

 

Sejak tertubuhnya Bank Pembangunan Baharu BRICS pada 2015, pihaknya menyediakan pinjaman sebanyak USD33.2 bilion untuk para negara anggotanya, antaranya 21.5% dibayar bukan menggunakan USD, tapi dengan mata wang negara yang terlibat.

 

Ini permulaan yang baik, tapi masih jauh bagi dunia untuk mengelakkan diri daripada hegemoni kewangan Amerika.

 

Bagaimanapun, seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Brazil Lula, “Saya faham semua orang sudah biasa menggunakan USD, tapi sudah abad ke-21, kita mampu menggalakkan hal yang berbeza. Kita tidak mempunyai apa pun buat masa ini, tapi kita ada kesabaran, orang China paling memahami apa itu kesabaran.”