Putin Ditemui Menteri Pertahanan China

2023-04-17 14:29:53  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Li Shangfu di Moscow pada 16 April.

Putin berkata bahawa lawatan Presiden Xi Jinping ke Rusia tidak lama dahulu telah mencapai hasil yang amat menggalakkan.

Beliau berkata, kerjasama ketenteraan antara Rusia dan China mempunyai kedudukan penting dalam hubungan kedua-dua negara. Beliau berharap tentera kedua-dua negara dapat meningkatkan kerjasama dalam latihan bersama dan komunikasi profesional, serta memperdalam kesalingpercayaan strategik antara kedua-dua negara.

Li Shangfu berkata bahawa pihaknya bersedia berkolaborasi dengan Rusia untuk melaksanakan sepenuhnya konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengintensifkan komunikasi strategik antara kedua-dua tentera, di saming mengukuhkan koordinasi dan kerjasama pelbagai hala, agar membuat sumbangan baharu untuk memelihara keselamatan dan kestabilan serantau bahkan dunia.