Jepun Tidak Boleh Lepaskan Air Tercemar Tanpa Persetujuan Masyarakat Antarabangsa

2023-04-18 13:47:52  CRI
Share with:

Jepun tidak boleh melepaskan air tercemar nuklear ke dalam laut sebelum persetujuan dicapai dengan pihak-pihak berkepentingan dan organisasi antarabangsa berkaitan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Menurut laporan, pengumuman bersama Persidangan Menteri Iklim, Tenaga dan Alam Sekitar G7 pada 16 April tidak menyuarakan sokongan kepada rancangan pelepasan air tercemar Jepun ke dalam laut.

Mengulas laporan itu, Wang Wenbin menyatakan bahawa adalah sudah pasti bahawa kerajaan Jepun tidak akan mendapat sokongan sedikit pun, sekiranya ia secara sepihak memutuskan untuk melepaskan air tercemar nuklear ke dalam laut, mengalihkan risiko yang tidak dapat diramal kepada seluruh dunia.

"China sekali lagi menggesa Jepun memandang keprihatinan masyarakat antarabangsa, memikul tanggungjawab sewajar, termasuk mengadakan perbincangan yang komprehensif dan bermakna dengan pihak-pihak berkepentingan, mengkaji resolusi terbaik selain pelepasan air tercemar ke laut, demi memastikan air tercemar dapat dirawat secara saintifik, terbuka, telus dan selamat, di samping menerima pemantauan ketat oleh masyarakat antarabangsa.”ujar beliau.