Tuduhan ke atas Polis yang Bunuh Walker Ditolak

2023-04-18 13:50:44  CRI
Share with:

Juri agung dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin lalu menolak tuduhan terhadap lapan pegawai polis yang terlibat dalam pembunuhan lelaki keturunan Afrika, Geran Walker di bandar Akron pada tahun lepas.

Peguam Jeneral Ohio, Dave Yost menyatakan, juri agung negeri itu memutuskan bahawa penggunaan kekerasan oleh polis dalam kes itu adalah sah.

Pada 27 Jun 2022, lapan pegawai polis cuba menghentikan Walker kerana lelaki itu disyaki melanggar peraturan trafik. Kemudian Walker mati ditembak ketika dikejar oleh polis.

Dilaporkan, Walker ketika dikejar tidak membawa senjata, namun polis mendakwa mereka menemui sepucuk pistol yang dimuatkan dalam keretanya.

Laporan oleh doktor forensik mendapati sebanyak 46 peluru mengenakan atau menggaruk badan Walker.