25 Syarikat Pembuat Senjata Amerika Lawat Taiwan Minta "Wang Perlindungan"

2023-04-18 15:49:53  CRI
Share with:

Ketika para pemimpin luar negara dan pegawai kanan syarikat transnasional mengadakan lawatan muhibah ke Tanah Besar China, satu rombongan yang terdiri daripada 25 buah syarikat pembuat senjata api Amerika berancang melawat ke Taiwan China pada Mei.

 

Dalam analisis yang dilakukan media tempatan, syarikat pembuat senjata api hanya datang setelah menghidu bau darah.

 

Ketika mengadakan lawatan yang jelas melanggar prinsip “satu China” ke Taiwan, Bekas Penasihat Hal Ehwal Keselamatan Negara White House, Robert C. O’Brien mencadangkan Taiwan melatih penduduk ramai menggunakan senjata api, ‘menggalakkan jutaan penduduk Taiwan memegang AK-47’ bagi menghalang serangan Tanah Besar.

 

Individu ini juga pernah mencadangkan kerajaan Amerika menghancurkan semua industri semikonduktor sekiranya Tanah Besar bertindak menyatukan Taiwan.

 

Dengan pantas, individu ini terus dianugerahkan lencana oleh pihak berkuasa Taiwan atas “sumbangan besar mengeratkan hubungan Taiwan-Amerika”.

 

China selalu menggalakkan penyatuan semula negara secara damai. Andai kata akhirnya perang tercetus, penduduk Taiwan pun bukan sasaran, tapi jelas mereka dijadikan sebagai alat untuk mengganggu penyatuan semula China.

 

Para pemimpin luar negara yang melawat Beijing baru-baru ini turut   komited berpegang kepada prinisp “satu China” dan menegaskan peri pentingnya kedamaian di Selat Taiwan bagi dunia. Ini juga selaras dengan kepentingan China.

 

Sebenarnya pihak yang selalu menghalang penyatuan China dan menegangkan sitausi hingga mungkin tercetusnya perang adalah Amerika.

 

Taiwan masih sebahagian dari wilayah China. Cuma tentera di bawah pimpinan Parti Kuomintang yang dulu melaksanakan pentadbiran di negara ini melarikan diri ke pulau tersebut setelah ditewaskan dalam perang saudara.

 

Bagaimanapun, Parti Kuomintang juga mendakwa tanah besar dan Taiwan semuanya wilayahnya, Taiwan hanya satu provinsi. Oleh itu dalam sistem pentadbiran pihak berkuasa di Taiwan juga terdapat jawatan Gabenor Provinsi Taiwan.

 

Pada 1950, ketika Republik Rakyat China yang baru tertubuh bersiap menyatukan Taiwan, Amerika segera menghantar Armada Ke-7 ke Selat Taiwan untuk menghalang.

 

Untuk memudahkan kefahaman saudara, ini tidak ubah seperti dalam perang saudara Amerika, Tentera Utara telah datang ke Virginia, setelah Jeneral Robert Edward Lee menyerahkan diri, perang saudara akan berakhir dan Amerika Syarikat akan bersatu lagi. Tapi pada masa ini tentera dari negara lain yang lebih kuat masuk Amerika, menghalang serangan dari Tentera Utara, dan mendalangi Jeneral Robert Edward Lee terus bertentangan dengan pihak Utara.

 

Adakah ini boleh diterima oleh rakyat Amerika? Adakah pihak utara Amerika patut didakwa “berniat mengubah situasi sedia ada”?

 

Sejak itu, mengawal situasi di Selat Taiwan menjadi satu alat penting bagi Amerika untuk mencampuri hal ehwal dalam China demi agendanya sendiri. Ketika nak memberi tekanan kepada pihak China dalam hubungan antarabangsa, ia menegangkan situasi di Selat Taiwan, menghasut kuasa “Taiwan merdeka” bersuara lantang sedikit. Ketika ia nak bekerjasama dengan China menghadapi isu yang menjadi tumpuan bersama, ia memberi tekanan kepada pihak berkuasa di Taiwan supaya diam saja buat sementara.

 

Selain itu, dengan tindakan mengekalkan sitauasi yang China tidak dapat mewujudkan penyatuan semula negara dan Taiwan pula tidak dapat mewujudkan kemerdekaan, Amerika boleh mendapat keuntungan besar dari penjualan senjata kepada Taiwan.

 

Bagaimanapun, perbelanjaan senjata api Taiwan yang belum diserahkan fasiliti berkenaan telah mencatat lebih USD19 bilion. Antaranya terdapat yang sudah dibayar oleh pihak berkuasa di Taiwan pada 10 tahun yang lalu, tapi kontrak pun belum dimeterai dengan syarikat Amerika berkenaan.

 

Perbelanjaan senjata api ini sebenar hanya “wang perlindungan” yang diminta oleh bos geng sahaja. Kini, wakil geng datang lagi untuk menggesa Taiwan membayar “wang perlindungan” baharu saja.