Kenyataan Rasis Pegawai AS Bangkit Kemarahan Rakyat Tempatan

2023-04-19 14:32:06  CRI
Share with:

Akhbar McCurtin News, media tempatan kaunti McCurtin, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan satu klip audio tentang perbualan antara pegawai-pegawai kaunti itu yang penuh sentimen rasis.

Mereka merungut bahawa mereka tidak boleh melakukan penindasan terhadap keturunan Afrika tanpa perbicaraan pada masa ini.

Pendedahan rakaman audio tersebut segera tular dan membangkitkan kemarahan masyarakat tempatan.

Pada 17 April, banyak penduduk mengadakan protes di hadapan bangunan kerajaan daerah Adabel. Mereka menyuarakan kemarahan terhadap kenyataan diskriminasi ras pegawai kaunti itu, dan menuntut pegawai-pegawai terlibat meletakkan jawatan.