Mengapa AS Asyik Ganggu Kerjasama China dan Argentina?
"Amerika Syarikat (AS) cuba mengganggu kerjasama antara China dengan Argentina." Akhbar Pagina 12, media Argentina mengulas demikian, merujuk kepada tujuan lawatan beberapa pegawai Washington ke negara itu baru-baru ini.
Menurut media lain, AS nampaknya menyelia kerjasama antara China dengan negara-negara Amerika Latin khususnya Argentina. Kerjasama yang normal antara China dengan Argentina itu amat merisaukan AS.
Mengapa AS berbuat demikian?
Menurut analisis media Argentina, pemerintah Biden telah memperhebat dasar mengekang China dan enggan melihat pembangunan China di rantau Amerika Latin malah dunia.
Argentina ialah negara besar di rantau itu. Kerjasama antara China dengan Argentina semakin erat pada beberapa tahun ini. Pada Februari lalu, Argentina menjadi negara besar yang pertama dari Amerika Latin menyertai inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Inilah kerjasama pragmatik yang saling menghormati dan menguntungkan antara negara membangun.
Walau bagaimanapun, AS menganggap kerjasama antara China dengan Argentina sebagai cabaran, dan ingin merosakkan kerjasama itu dengan sedaya upaya.
Pada April tahun lalu, Penolong Setiausaha Negara AS yang bertanggungjawab atas hal ehwal keselamatan antarabangsa, Ann Ganzer melawat Argentina, menuding jari terhadap projek Loji Nuklear Atucha-3, mendakwa projek itu "tidak selaras dengan standard antarabangsa". Namun menurut laporan penyelidikan yang diumumkan Syarikat Tenaga Eletrik Nuklear Argentina, tuduhan AS tersebut "tiada asas saintifik".
Sejak Doktrin Monroe diperkenalkan pada 1823, AS menjadikan rantau Amerika Latin sebagai "halaman belakang rumah sendiri" dan tidak mengizinkan negara-negara di rantau itu menjalin hubungan dengan negara lain secara bebas.
Sehingga kini, AS tetap hendak mengawal Amerika Latih dan menjadikan kawasan itu 'tempat sumber asli', 'pasaran lambakan produk' dan 'koloni budaya'.
Pada zaman ini, negara-negara Amerika Latin mempunyai keinginan kuat terhadap perpaduan, kerjasama dan pembangunan.
Sidang kemuncak Amerika ke-9 anjuran AS pada Jun lalu diboikot secara meluas oleh negara-negara Amerika Latin. Pada Januari lalu pula, Sidang Kemuncak ke-7 Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean mengeluarkan Perisytiharan Buenos Aires, membantah keras campur tangan kuasa luar dan hegemonisme.
Mantan Presiden Mexico, José de la Cruz Porfirio Díaz Mori mengatakan bahawa negaranya "terlalu jauh dari Tuhan, tetapi terlalu dekat dengan AS".
Apa yang berlaku dewasa ini membuktikan pandangan media Argentina bahawa "negara-negara Amerika Latin mampu mengubah nasib 'terlalu dekat dengan AS' dalam senario negara-negara pasaran baru muncul membangun pesat".