China Bantah Kenyataan Mesyuarat Menteri Luar G7

2023-04-19 14:29:39  CRI
Share with:

China menzahirkan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 7 (G7) yang mengabaikan pendirian tegas China dan fakta, mencampuri hal ehwal dalaman China, dan mencemarkan nama China.

Kenyataan itu penuh dengan keangkuhan, prejudis dan niat jahat untuk menentang dan mengekang China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada 18 April.

Wang Wenbin berkata bahawa sebagai salah satu pasaran yang paling dinamik dan berpotensi di dunia, China komited untuk mewujudkan persekitaran pelaburan dan perniagaan yang stabil, adil, telus dan boleh diramal untuk pelabur asing.

"Beberapa negara G7 tidak menghiraukan prinsip ekonomi pasaran dan persaingan adil, menggeneralisasikan dan menyalahgunakan konsep keselamatan negara, dan menindas syarikat negara lain. Mereka tidak layak untuk menuding jari terhadap China.

"China telah mengemukakan bantahan kepada Jepun, hos mesyuarat Menteri Luar G7 kali ini," ujar beliau.