TransNusa Rasmi Pesawat ARJ21 Buatan China

2023-04-20 14:46:05  CRI
Share with:

ARJ21-700, pesawat buatan China yang diserahkan kepada TransNusa, berjaya menyelesaikan penerbangan sulungnya dari Jakarta ke Pulau Bali pada Rabu.

Pesawat penumpang itu mula beroperasi secara komersial selepas lulus siri pemeriksaan kelayakan oleh Direktorat Jenderal Perhubungan Udara (DGCA) Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TransNusa, Bernard Francis menyatakan pesawat ARJ21-700 mempunyai konfigurasi yang bersesuaian dengan keperluan pasaran Asia Tenggara.

“Kami yakin pesawat itu dapat memberi perkhidmatan baik kepada pasaran penerbangan Indonesia dan seluruh Asia Tenggara yang berkembang pesat, serta menyediakan pilihan perjalanan udara berkualiti tinggi kepada penumpang tempatan,” kata beliau.