"Terokai Pasaran China", Konsensus Syarikat Asing
Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China baru-baru ini, jumlah penggunaan modal asing di negara ini pada suku pertama tahun ini mencatat RMB408.45 bilion (RM263.13 bilion), meningkat 4.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Ia sekali gus memperlihatkan trend peningkatan yang mampan pada permulaan tahun ini.
Antaranya, terdapat lebih 10,000 syarikat dengan pelaburan asing ditubuhkan, menokok 25.5 peratus.
"Terokai pasaran China" menjadi topik hangat bagi media antarabangsa.
Baru-baru ini, Volkswagen Jerman mengumumkan satu pelan pelaburan baharu di China, iaitu memperuntukkan satu bilion Euro (RM4.88 bilion) untuk membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) kereta elektrik di bandar Hefei, provinsi Anhui.
Presiden Volkswagen, Oliver Blume menyatakan bahawa selepas berkunjung ke China pada awal tahun ini, mereka telah menemui kaedah berkesan untuk lebih mendekati pengguna China.
Seiring dengan pelaksanaan strategi pembangunan pacuan inovasi oleh China, R&D menjadi pilihan utama bagi pelabur asing.
"China mempunyai kategori perindustrian yang lengkap dan suasana inovasi yang baik. Selain itu, tenaga insan dan sumber ekologi juga amat baik," ujar pegawai kanan dari syarikat Honeywell International.
Makin banyak syarikat asing mewujudkan integrasi dengan pasaran China, dari "pembuatan di China" ke "bersama mencipta di pasaran China".
Difahamkan, butiran tambahan dalam Katalog Industri bagi Menggalakkan Pelaburan Asing edisi terkini yang mula dilaksanakan tahun ini telah merokodkan tahap tertinggi, khusuanya menambah pelbagai industri pembuatan teknologi canggih, menyediakan ruangan lebih luas bagi modal asing.
Dari polisi menggalakkan pelabur asing menubuhkan pusat R&D, ke kempen Tahun Pelaburan di China, hingga penganjuran Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China, Forum Asia Boao, Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga, Canton Fair 2023, China menggalakkan pelabur asing berkongsi peluang pembukaan pasaran negara ini.
Tesla mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka sebuah kilang Megafactory di Shanghai, AirBus bakal membina talian pengeluaran keduanya di Tianjin, dan AstraZeneca meningkatkan lagi pelaburan di China. Modal asing sedang mempercepat langkah menerokai pasaran China kerana mereka tahu bahawa "melabur di China" adalah "melabur untuk masa depan".