Lautan Pasifik Bukanlah Tempat Pembuangan Kumbahan Jepun

2023-04-23 11:57:38  CRI
Share with:

Tanggal 22 April merupakn Hari Bumi Sedunia, yang juga Hari Undang-undang Sedunia.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi perlindungan alam sekitar mengadakan aktiviti membantah rancangan kerajaan Jepun untuk melepaskan air tercemar nuklear Fukushima ke laut. 

Greenpeace dalam kenyataannya mendakwa keputusan Tokyo tersebut sebagai melanggar undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut, di samping mengkritik pihak Jepun gagal dalam memenuhi kewajipan antarabangsa membabitkan penilaian impak alam sekitar.

Sejak Tokyo mengumumkan rancangan pelapasan air tercemar ke laut dua tahun lalu, suara bantahan dan kesangsian kedengaran lantang di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun berkeras untuk melaksanakan rancangan itu sedangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) masih belum mengeluarkan laporan penilaian terbabit.

Pada masa ini, loji janakuasa nuklear Fukushima mempunyai simpanan air tercemar nuklear lebih daripada 1.3 juta tan, manakala lebih 100 tan akan dihasilkan setiap hari. Menurut jangkaan, pelepasan air tercemar itu akan mengambil masa 30 tahun malah lebih lama.

Ditinjau dari perspektif global, tiada duluan tentang pelepasan air tercemar nuklear ke laut dalam sejarah. Sekiranya air tercemar itu dilepaskan ke laut, bahan radioaktif akan mencemarkan persekitaran laut, memberi pengaruh negatif kepada rantai makanan laut, sehingga membawa bahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran ekologi.

Tema Hari Bumi Sedunia tahun ini ialah "Melabur untuk Planet Kita". PBB mengeluarkan artikel menerusi portalnya, menyeru seluruh dunia untuk mewujudkan ekonomi yang sihat dan mampan. 

Pihak Jepun dinasihatkan membuat keputusan dari perspektif objektif dan saintifik, dan menggunakan kaedah yang selamat untuk menangani air tercemar nuklear.  Sementara itu, pihak Jepun tidak patut bertindak tanpa keizinan sebelum keselamatan pelan pelepasan itu disahkan oleh semua pihak berkepentingan.