Air Kumbahan Terbocor, Pantai Awam Ditutup

2023-04-23 16:00:20  CRI
Share with:

Menurut laporan CNN, kebocoran air kumbahan berlaku di kaunti Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) pada 20 April lalu.

Dilaporkan, hampir 950,000 liter air kumbahan terbocor dan mengalir dari bandar Downey ke bandar Long Beach, kemudian masuk ke sungai Los Angeles. Sekarang, bandar Long Beach telah menutup semua pantai awam terbuka untuk sementara waktu.