Menteri Luar Rusia Bakal Temu Setiausaha Agung PBB

2023-04-24 14:10:35  CRI
Share with:

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dilaporkan telah bertolak ke New York untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang dijadual diadakan pada 24 hingga 25 April.

Menurut agensi berita TASS, Lavrov dijangka bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada hari ini.

Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia sebelum ini menyatakan pertemuan berkenaan akan menumpukan prospek perjanjian pengangkutan produk pertanian dari pelabuhan Laut Hitam dan lain-lain.

Difahamkan, Lavrov juga mengundang diplomat pelbagai negara untuk menghadiri mesyuarat UNSC yang dipengerusikan oleh Rusia, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),  Antony Blinken. Namun, sama ada kontak langsung akan diadakan antara Lavrov dengan Blinken belum dipastikan.