WHO: Angka Kematian di Sudan Meningkat kepada 420

2023-04-24 14:36:37  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata angka kematian akibat pertempuran bersenjata di Sudan meningkat kepada 420, manakala kecederaan dicatat pada 3,700.

Pertubuhan itu menerusi kenyataan pada malam Ahad mengatakan, WHO ketika ini tidak dapat menghantar lebih banyak bekalan perubatan ke Sudan kerana penggantungan operasi lapangan terbang di negara itu.