'Program Telur dan Susu' Sihatkan Kanak-kanak China

2023-04-24 15:15:53  CRI
Share with:

Anak Satria tidak tinggi, jadi dia duduk di baris pertama dalam kelas. Satria akan pastikan dia minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari.

 

Satria ingat ketika masih bersekolah rendah, kami diberi segelas susu untuk minum waktu rehat. Tapi sekarang tiada lagi dalam sekolah si kecil. Mungkin ini kerana pemakanan kanak-kanak sudah cukup pada zaman ini.

 

Kebetulan topik ini menjadi hangat di media sosial baru-baru ini. Ramai netizen berkongsi memori masing-masing mengenai “Program Susu dan Telur” semasa bersekolah. Satria baru faham ini satu dasar yang disokong oleh belanjawan kerajaan.

 

Kampung Satria antara kawasan yang paling makmur di China, oleh itu kerajaan tempatan mampu menyediakan susu kepada para pelajar pada 30 tahun yang lalu.

 

Program menyediakan susu dan telur kepada pelajar atau dasar seumpama ini turut dijalankan di pelbagai provinsi setelah memasuki abad ke-21, dan akhirnya menjadi dasar yang melibatkan semua pelajar dalam rangka pendidikan wajib selama sembilan tahun.

 

Seterusnya dasar ini berkembang dengan menambah lagi segmen makanan tengah hari berzat yang masih diteruskan di kawasan desa hingga sekarang.

 


Seorang netizen berasal dari Provinsi Fujian berkongsi maklumat bahawa ia mulai menerima susu, telur dan roti yang disediakan oleh kerajaan sejak 2006, iaitu tingkatan empat dalam sekolah rendah. Ibunya hanya berketinggian 155cm, bapanya 165cm, tapi dia pula dah capai 182cm!

 

Ada seorang netizen yang lahir pada abad ke-21 menyatakan bahawa ada pepatah bersuara “di dunia ini tiada makanan tengah hari yang percuma”, tapi kami memang membesar dengan makanan percuma yang disediakan oleh kerajaan.

 

Mungkin saudara sudah biasa minum susu atau makan telur setiap hari. Tapi bagi Satria yang berasal dari kawasan yang maju sedikit di China, keluarga pun tidak mampu menyediakan segelas susu dan sebutir telur untuk Satria pada setiap hari pada tahun 1990-an.

 

Bagi mereka yang berasal dari desa, segelas susu dan sebutir telur telah banyak membantu mereka membesar dengan sihat dan kuat.

 

Statistik mengenai pelajar berumur 15 tahun di desa pada tahun 2020 menunjukkan, ketinggian purata pelajar lelaki menambah 10cm, manakala ketinggian pelajar perempuan menambah 8cm berbanding tahun 2012.

 

Seorang netizen yang berasal dari desa menulis bahawa, dia amat bertuah kerana menikmati “Program Telur dan Susu” dan pendidikan wajib pula dipanjangkan dari 9 tahun kepada 12 tahun, iaitu melibatkan sekolah menengah atas ketika zaman dia bersekolah. Dasar kerajaan juga menyokong dia untuk menamatkan pelajaran sarjana, sekali gus membantunya untuk memahami dunia secara lebih luas.

 

Oleh itu, ketika melihat si kecil kini tak mahu makan ini itu bahkan perlu memujuk ia makan banyak sedikit daging dan telur, Satria kadang-kadang amat marah atas ia yang tidak menyedari betapa bahagia kehidupannya pada hari ini.