Salvador-China Komited Teruskan Kerjasama, Perpaduan dan Persahabatan

2023-04-24 15:13:33  CRI
Share with:

Timbalan Presiden Salvador, Félix Ulloa menyatakan Salvador dan China komited kepada kerjasama, perpaduan dan persahabatan.

 

Untuk rekod, kerajaan Salvador penggal lalu memutuskan hubungan dengan Taiwan China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 2018.

 

Dalam tempoh lima tahun lalu, pertukaran lawatan dan kerjasama kedua-dua pihak berkembang pesat.

 

Pada November 2018, kedua-dua negara menandatangani 13 buah perjanjian kerjasama termasuk memorandum persefahaman kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

 

Pada tahun berikutnya, Presiden Salvador, Nayib Armando Bukele Ortez menjalankan lawatan ke China dan kedua-dua pihak menandatangani pelbagai perjanjian bersifat rangka untuk menjalankan kerjasama substantif.

 

Menurut Ulloa, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pembinaan infrastruktur berjalan lancar pada masa ini.

 

“Selain itu, kerjasama dalam bidang rawatanair kedua-dua pihak amat membantu perkembangan industri pelancongan Salvador.

 

“Salvador mempunyai pantai laut yang indah dan keadaan yang paling baik bagi buih ombak, namun rawatan air dan pengurusan pantai antara cabaran besar yang dihadapi negaranya.

 

“Berpandukan perjanjian yang tercapai, China akan membantu pembinaan kilang tawaran air di Salvador, dan langkah ini pasti akan mendorong perkembangan ekonomi negaranya,” ujarnya ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG).

 

Tambah Ulloa, Salvador juga bersedia menjalankan kerjasama dengan China dalam pertukaran sosiobudaya dan pendidikan, selain turut berharap untuk menghantar mahasiswa ke China bagi meneruskan pendidikan mereka.