AS Patut Bertindakan Kawal Hubungan Ekonomi Yang Sihat dengan China

2023-04-25 15:29:44  CRI
Share with:

Tahukah anda, antara 5 APP yang paling popular dalam AppStore di Amerika, terdapat empat APP dari China, iaitu Temu, satu platform e-dagang; Tiktok yang sudah cukup terkenal; CapCut, APP pengedit video Tiktok serta SHEIN, satu jenama “fast fashion” China.

 

Wow, ini memang “ancaman serius” bagi keselamatan negara Amerika!

 

Sebab setelah Tiktok disoalkan dalam testinomi Kongres Amerika atas “menyambung ke WIFI keluarga Amerika”, kini Temu dan SHEIN pun menarik tumpuan Jawatankuasa Tinjauan Semula Ekonomi dan Kesalamatan Amerika Syarikat-China (USCC).

 

Pihaknya mengeluarkan laporan penganalisis yang mendakwa kedua-dua APP China itu berisiko keselamatan data, menjual produk dari Xinjiang dan lain-lain.

 

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Janet L. Yellen baru-baru ini menyatakan bahawa Amerika Syarikat patut mengekalkan hubungan ekonomi yang “sihat dan bersifat membina” dengan China dengan prasyarat menjamin keselamatan negara.

 

Bagaimanapun, masalah Amerika Syarikat pada masa ini justeru melihat apa jua yang berkaitan dengan China sebagai ancaman keselamatan negara.

 

Mengumpulkan data supaya mencadangkan produk yang bersesuaian kepada pengguna, SHEIN tiada berbezaan dengan H&M atau Zara, begitu juga Temu berbanding Amazon dan eBay.

 

Yang amat menarik, antara dakwaan USCC juga termasuk kedua-dua platform telah mengimport banyak produk yang bernilai USD200 ke bawah yang mengelakkan tarif dan pemeriksaan kastam Amerika.

 

Sebenarnya, produk bernilai USD200 ke bawah tak perlu bayar tarif dan diperiksa oleh kastam, ini dasar yang ditetapkan oleh kerajaan Amerika. Syarikat China menjalankan urus niaga mengikuti dasar domestik, tak patut menjadi asalan dakwaan.

 

Kedua, kalau baju yang bernilai lebih USD200, ini masih boleh disifatkan “fast fashion” lagi? Satria sendiri tidak pernah membeli baju H&M atau Zara yang bernilai lebih USD200.

 

Faktanya, ramai penjual di platform Amazon atau eBay dulu mengimport produk yang murah dari China, cuma menjual dengan harga yang lebih tinggi di platform e-dagang milik Amerika.

 

Kini Temu dan SHEIN berkembang pesat di Amerika justeru kerana menjual produk dengan harga yang berpatutan. Tentulah ia akan menjejaskan kuota pasaran seperti Amazon dan eBay, tapi yang mendapat faedah adalah para pengguna Amerika.

 

Adakah kerajaan Amerika berpendapat baju yang hanya bernilai USD200 patut dieksport ke Amerika dengan harga USD400, barulah bersesuaian dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan negara?

 

Mengenai dakwaan produk SHEIN yang “appear to” menggunakan kapas dari Xinjiang. Menggunakan perkataan macam “berkemungkinan” dalam dokumen kerajaan untuk mendakwa syarikat negara asing ini jelas kurang profesional. Ini bermakna pihak USCC tiada bukti jelas.

 

Tambah lagi, bohongan berhubung “kapas Xinjiang dikeluarkan oleh petani paksaan” yang jelas berkhidmat untuk agenda Amerika saja sudah berulang kali dibantah dalam hantaran Satria dulu. Ini sama sekali bukan usaha untuk mengekalkan ekonomi yang “sihat dan bersifat membina” dengan China.

 

Sebenarnya tindakan mengada-adakan masalah “kapas Xinjiang” bukan hanya menjejaskan rezeki penduduk Xinjiang, tetapi juga menjejaskan kepentingan banyak syarikat transnasional.

 

Ambil contoh, Adidas yang dulu mengikuti agenda Amerika menolak menggunakan kapas dari China, diboikot oleh para pengguna di pasaran China. Jualannya di China terus menurun 36% pada tahun lalu dan hanya mencatat separuh saja berbanding 2019, iaitu sebelum mengumumkan mengikuti agenda “kapas Xinjiang” Amerika.

 

Agenda Ameriak berjaya menjejaskan rantaian bekalan dan pengeluaran global.

 

CEO baharu Adidas Björn Gulden menyatakan, pemulihan ekonomi China yang pesat amat membantu sebab akan menyumbang keuntungan yang lebih tinggi.

 

Oleh itu, Adidas berancang mengeluarkan lebih banyak produk yang ada elemen budaya tradisional dan semangat patrotik untuk menarik pengguna kaum belia di China.

 

Itulah usaha untuk mengekalkan hubungan ekonomi yang sihat dan bersifat membina dengan China.