China Seru Wujud Gencatan Senjata di Sudan

2023-04-26 15:21:02  CRI
Share with:

China menyeru pihak berkonflik di Sudan melaksanakan gencatan senjata secepat mungkin bagi mengelak situasi daripada terus meruncing.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata masyarakat antarabangsa perlu menghormati kedaulatan Sudan dan mengambil berat keprihatinan Sudan serta negara di rantau berkenaan.

"Selaku sahabat dan rakan baik bagi Sudan, China berasa amat kesal dengan pergolakan yang berlaku di negara itu.

"Pihak terbabit patut mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, dan mencapai gencatan senjata sesegera mungkin," kata beliau semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai situasi Sudan pada Selasa.

Zhang turut menekankan perlunya memastikan keselamatan rakyat jelata, institusi asing dan kakitangan serta misi diplomatik di Sudan, di samping menyediakan kemudahan kepada bantuan kemanusiaan dan operasi pemindahan.