Kawal Kedamaian dan Pembangunan Serantau Bersesuaian dengan Kepentingan China dan Filipina

2023-04-26 15:03:59  CRI
Share with:


Dalam testimoni Senat Filipina mengenai Perjanjian Peningkatan Kerjasama Pertahanan(EDCA) dengan Amerika Syarikat, kakak kepada Presiden Ferdinand Marcos Jr., Senator Imee Marcos tanpa berselindung mempersoalkan bahawa adakah pangkalan Filipina yang disediakan kepada tentera Amerika akan digunakan di luar rangka pertahanan bersama kedua-dua negara dan menjadi rizab senjata dan amunisi Amerika untuk “mempertahankan Taiwan”?

 

Lantas, Menteri Luar Filipina, Enrique Manalo menjawab bahawa EDCA tidak mengizinkan pihak Amerika menggunakan pangkalan Filipina untuk mengadakan tindakan ketenteraan menyasarkan Taiwan dan juga tidak mengizinkan kapal perang atau jet pejuang Amerika mengisi minyak mahupun melakukan tindakan pemeliharaan di sana.

 

Bagaimanapuan, Imee Marcos berkongsikan laporan media Amerika yang jelas menyatakan latihan pelancaran peluru berpandu anti kenderaan berperisai dalam Latihan Balikatan Amerika-Filipina bulan ini adalah sebahagian daripada usaha menubuhkan rizab senjata dan amunisi di rantau ini untuk menghadapi situasi di Selat Taiwan.

 

Senator yang lain turut menyatakan kebimbangan atas kemungkinan Filipina terlibat dalam konflik yang tidak berkaitan dengan negara itu.

 

Satria yakin dalam EDCA pasti tiada catatan menggunakan pangkalan Filipina untuk menyokong operasi ketenteraan Amerika yang menyasarkan China. Tapi dari lokasi pangkalan terlibat hingga latihan yang diadakan, niat Amerika sebenarnya cukup jelas. Cuma ia tidak tertulis secara objektif dalam dokumen.

 

Inilah sebabnya bekas Presiden Filipina Roderigo Duterte tidak meratifikasi perjanjian tersebut dalam sepanjang penggalnya.

 

Ketika melawat China pada Januari, Presiden Ferdinand Marcos Jr. pernah menyatakan berharap lawatannya membawa prospek damai dan membangun kepada rakyat kedua-dua negara.

 

Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku mungkin akan merencatkan hasrat beliau.

 

Pelbagai langkah yang diambil oleh Amerika di rantau ini turut menegangkan situasi serantau dan risiko tercetusnya perang semakin meningkat, antaranya adalah untuk mendapat pangkalan di Filipina yang berdekatan dengan Taiwan.

 

EDCA dalam kenyataan memberi tumpuan kepada kerjasama penyelamatan kemanusiaan dalam bencana, tapi ada Senator Filipina telah membantah bahawa lokasi pangkalan yang diminta oleh pihak Amerika jauh daripada kawasan yang kerap kali dilanda bencana. Risiko terlibat dalam perang juga mengekorkan tunjuk perasaan para penduduk tempatan.

 

Dengan situasi semakin tegang ekoran provokasi Amerika, pelbagai negara serantau termasuk Indonesia dan Filipina terpaksa menyiapkan pelan mengundurkan perantaunya di kawasan terlibat.

 

Filipina mempunyai kira-kira 150 ribu pekerja perantau di Taiwan, manakala pangkalan tentera yang disediakan kepada tentera Amerika pula telah menambah ancaman keselamatan terhadap rakyat Filipina dan serantau.

 

Menjelang lawatan Presiden Ferdinand Marcos Jr. ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Joe Biden pada 1 Mei nanti, Menteri Luar China, Qin Gang baru melawat Filipina atas undangan rakan sejawatnya Enrique Manalo dan juga bertemu dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr.

 

Dalam pertemuan, pihak Filipina sekali lagi menegaskan pendirian yang berpegang kepada dasar satu China dan isu Taiwan adalah hal ehwal dalaman China. Pihak Filipina konsisten dengan pendirian berdikari, tidak menyebelah ke mana-mana pihak.

 

Satria yakin lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara akan membantu mengurangkan salah faham dan menyelaraskan tindakan bagi memastikan kedamaian dan pembangunan serantau terjamin.