AS Dihantui Isu Senjata, Keselamatan Rakyat Tergugat

2023-04-26 13:54:41  CRI
Share with:

Ralph Paul Yarl, 16, remaja berkulit hitam dari Kansas, Missouri yang ingin menjemput dua adiknya dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak pada 13 April.

Kaylin Gillis, wanita berusia 20 tahun yang mencari rumah rakannya di negeri New York ditembak mati oleh pemilik rumah selepas kereta yang ditunggangnya pergi ke alamat yang salah, pada 17 April.

Dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika ditembak selepas seorang daripada mereka tersilap membuka pintu kereta di parkir sebuah pasar raya di Texas pada 18 April.

Memandangkan kejadian seumpama ini terus berulang di Amerika Syarikat (AS), komentar yang disiarkan dalam The New York Times berbunyi, “Setiap daripada mereka secara tidak sengaja pergi ke alamat yang salah atau membuka pintu yang salah, namun masing-masing telah ditembak. Hanya satu kesilapan kecil mengundang akibat yang boleh membawa maut."

Warga AS kini semakin dicengkam ketakutan susulan kadar jenayah merekodkan peningkatan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Apabila diteliti dengan lebih lanjut, perkauman merupakan penyumbang utama kepada kesemua kes tersebut. Data menunjukkan, warga Amerika keturunan Afrika dalam lingkungan umur 15 hingga 34 tahun antara golongan paling banyak yang menjadi mangsa kejadian tembakan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, permasalahan seperti keretakan dalam kalangan masyarakat, jurang antara yang kaya dan miskin serta polarisasi politik dan perkauman, menyebabkan konflik di negara itu semakin parah dan rasa tidak selamat terus menghantui rakyat.

Diselubungi perasaan takut dan bimbang, semakin ramai penduduk di AS cenderung membeli senjata untuk menjaga keselamatan diri sendiri.

Apabila semua orang dengan berat hati memilih untuk mendapatkan pistol, satu lingkaran yang ganas akan berlarutan di negara itu, iaitu ‘tidak selamat - beli senjata - lebih tidak selamat’.

Dapatan kajian oleh Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (AMA) menunjukkan, ‘Stand-your-ground Law’ yang dilaksanakan di serata AS menyebabkan kes pembunuhan merekodkan peningkatan kepada 11 peratus daripada 8 peratus.

Hakikinya, ada tangan 'ghaib' di sebalik undang-undang itu, iaitu kumpulan pelobi senjata api yang diketuai oleh Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA).

Melalui politik wang, di satu pihak, NRA menggalakkan penciptaan suasana yang lebih bebas untuk memegang senjata, dan sebaliknya, ia melakukan segala yang mungkin untuk menghalang kemajuan kawalan senjata api.

Dalam jangka panjang, tanpa pembaharuan secara keinstitusian, percanggahan masyarakat yang berakar umbi di AS mustahil diselesaikan, dan senjata api akan menjadikan masalah itu semakin mudah terbakar.

Nampaknya sukar untuk membayangkan bahawa satu-satunya kuasa besar dunia yang berbangga sebagai suar hak asasi cenderung ‘melepaskan tembakan’ daripada ‘bercakap’.

Siapakah mampu melindungi hak asasi warga AS yang tak sempat bercakap telah pun menjadi mangsa kejadian tembakan?