Operasi Tren China-Laos Galak Import Buah Segar

2023-04-29 16:32:46  CRI
Share with:

Jenis buah segar di pasaran domestik semakin bertambah apabila lebih banyak buah-buahan diangkut menerusi perkhidmatan kereta api China-Laos, menurut China Railway Kunming Bureau Group.

Difahamkan, perkhidmatan tren itu mengendalikan penghantaran sebanyak 11,000 tan buah-buahan yang diimport dari Laos setakat 28 April.

Timbalan pengurus besar pusat kontena Kunming Railway, Xu Chao berkata purata import harian buah-buahan dari Laos mencecah 20 hingga 30 kontena sejak pertengahan bulan ini.

Siri langkah turut diambil untuk memperlicin aliran kontena berkenaan sebagai memastikan kesegaran buah-buahan dan mengurangkan kos serta masa pengangkutan.

Dalam musim puncak import buah-buahan tropikal yang bermula sekarang hingga hujung Jun, jumlah pengangkutan buah Asia Tenggara seperti durian, manggis dan longan dijangka meningkat 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.