AS, Korea Selatan Dikutuk Tempatkan Senjata Nuklear di Semenanjung

2023-05-02 13:38:36  CRI
Share with:

Agensi Berita Pusat Korea semalam mengutuk kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan tentang perbuatan mereka menempatkan aset nuklear strategik tidak melanggar budaya Semenanjung Korea bebas dari nuklear.

Padahal, penempatan terbabit telah menjadi unsur buruk yang menyebabkan ketegangan setempat meruncing.

'Kesahihan' penempatan tersebut diuar-uarkan dengan tujuan untuk mengelakkan diri dari memikul tanggungjawab sebagai pelaku jenayah nuklear yang menjadikan Semenanjung terperangkap dalam krisis nuklear menerusi membentuk blok ketenteraan yang agresif dan eksklusif. Percambahan nuklear yang dilakukannya boleh membawa ancaman terhadap kehidupan umat manusia, dan juga menjejaskan sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa secara  sistematik. Sementara itu, AS dan Korea Selatan bersekongkol mencari 'kesahihan' untuk tindakan menempatkan kapal selam nuklear pada masa yang ditetapkan supaya dapat membuka jalan kepada penngimportan lebih banyak aset strategik pada masa depan.

Untuk rekod, dalam pertemuan di White House  baru-baru ini, Joe Biden dan Yoon Seok-Youl bersetuju untuk menaiktaraf  pembekalan "ancaman lanjutan" kepada Korea Selatan, di samping mempertingkat  tahap mesyuarat tentang krisis nuklear, menambah latihan ketenteraan, dan  membentuk mekanisme "regu rundingan nuklear" kedua-dua negara, serta  mengintensifkan gerak kerja aset strategik AS di sekitar Semenanjung.